Mengenai Projek

Platform for Resource Optimization and Sharing to Promote Empowerment and Resilience (PROSPER) adalah usaha sama antara Pustaka Negeri Sarawak (PUSTAKA) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), yang menyediakan akses kepada sumber dalam talian PUSTAKA kepada masyarakat Sarawak.

PROSPER bertujuan untuk menyokong Strategi Pembangunan Pasca-Covid 19 2030 (PCDS 2030) di bawah kemakmuran ekonomi.

 

  • Meningkatkan ekonomi Sarawak daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion pada 2030.
  • Meningkatkan ekonomi Sarawak sebanyak 8.0% setahun antara 2021 hingga 2030.
  • Mewujudkan 195,000 peluang pekerjaan baru.
  • Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah kepada RM15,047.
  • Mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.
  • Menambah baik kecekapan kerja, meningkatkan produktiviti melalui Inovasi Digital.

 

PROSPER memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar, golongan profesional, dan penyelidik tetapi juga pengguna awam yang ingin menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kesejahteraan kehidupan mereka. Oleh itu, portal ini menekankan konsep dan strategi untuk mencapai perpustakaan digital di setiap rumah.